Search
  • Nurul Shafiqah

Ceramah Kesedaran Sakit Belakang di TUDM Pahang


Secara umum, ramai yang mengetahui berkenaan sakit belakang tetapi tidak ramai yang tahu berkenaan cara untuk mengelakkan dan mengatasi sakit belakang. Alpro Physio Kuantan sangat berbesar hati dapat memberi ceramah berkenaan penjagaan tulang belakang bertempat di Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Pahang dihadiri lebih 40 orang hadirin terdiri daripada isteri-isteri tentera udara. Mereka sangat teruja apabila dapat mengetahui teknik dan cara yang betul dalam aktiviti harian seperti cara-cara bangun, berdiri, berjalan, duduk, tidur dan mengangkat barang akan mengurangkan risiko sakit belakang serta mengelakkan penyakit berkaitan tulang belakang seperti sciatica, scoliosis, mechanical back pain, slip disc dan sebagainya. Sepanjang sesi ceramah, kami mulakan dengan pengenalan mengenai jenis-jenis penyakit belakang dan bagaimana penyakit itu terjadi. Diikuti dengan senaman regangan otot belakang, Selain itu, fisio kami juga menunjukkan demontrasi berkenaan cara tidur, duduk, bangun, berdiri dan berjalan untuk mengelakkan sakit belakang diikuti dengan senaman dan cara untuk mengurangkan sakit sekiranya mengalami sakit belakang.Para hadirin sangat selesa dan gembira dengan kehadiran kami kerana secara tidak lansung ceramah ini dapat memberi impak yang besar dalam kehidupan harian meraka. TERIMA KASIH XIE XIE NI NANDRI!


26 views

©2018 BY ALPROPHYSIO